PENGENALAN
- Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang ditawarkan kepada guru dalam perkhidmatan merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah memartabatkan profesion perguruan seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Teras 5 bagi memastikan guru-guru mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya peringkat ijazah pertama. Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini dilaksanakan di dua puluh tujuh (27) Kampus Institut Pendidikan Guru melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
MATLAMAT PROGRAM
- Matlamat PPG ini adalah untuk melahirkan guru-guru siswazah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
FOKUS HASIL PEMBELAJARAN
-
Fokus hasil pembelajaran program yang hendak dicapai adalah dari segi:
- Pengetahuan dan Kefahaman
- Kemahiran Praktikal
- Kemahiran Sosial dan Tanggungjawab
- Etika, Profesionalisme dan Kemanusiaan
- Komunikasi, Kepimpinan dan Kemahiran Berpasukan
- Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritikal dan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan